Kelab Kesenian dan Kebudayaan mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada kumpulan kompang SMK Seafield yang telah menjayakan aktiviti-aktiviti sepanjang tahun 2010 yang lalu. Memandangkan kebanyakan ahli kumpulan kompang pada tahun lalu merupakan pelajar tingkatan 5, maka mereka tidak lagi menyertai kumpulan ini pada tahun ini. Paparan ini mengimbas semula aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan dengan jayanya sepanjang tahun 2010. Semoga segalanya akan menjadi kenangan kepada ahli-ahli kompang yang telah meninggalkan kelab ini dan memberi suntikan semangat kepada ahli baru yang menyertai kumpulan ini.
Latihan di belakang Taman Herba
Latihan di bangunan Taman Herba
Latihan di kelas Blok Elit
Latihan dan Rehearsal
Antara aktiviti yang telah dijalankan oleh kumpulan kompang ini ialah:-
- menyertai pertandingan Pertandingan Puisi dan Lagu Peringkat Daerah
- persembahan kompang untuk acara penutup Sukan Akuatik MSSS bulan Mac 2010
- sambutan mengiringi VVIP untuk acara-acara yang dijalankan di peringkat sekolah seperti Menyuarat Agung PIBG, Hari Anugerah Kecemerlangan Akademik, Hari Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum, dan Hari Karnival Keluarga Sekolah.
Sambutan VVIP acara peringkat sekolah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan