Kumpulan Kompang

14/01/11

2010 Dalam Kenangan


Kelab Kesenian dan Kebudayaan mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada kumpulan kompang SMK Seafield yang telah menjayakan aktiviti-aktiviti sepanjang tahun 2010 yang lalu. Memandangkan kebanyakan ahli kumpulan kompang pada tahun lalu merupakan pelajar tingkatan 5, maka mereka tidak lagi menyertai kumpulan ini pada tahun ini. Paparan ini mengimbas semula aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan dengan jayanya sepanjang tahun 2010. Semoga segalanya akan menjadi kenangan kepada ahli-ahli kompang yang telah meninggalkan kelab ini dan memberi suntikan semangat kepada ahli baru yang menyertai kumpulan ini.


 Latihan di belakang Taman Herba


 Latihan di bangunan Taman Herba


Latihan di kelas Blok Elit



 Latihan dan Rehearsal

Antara aktiviti yang telah dijalankan oleh kumpulan kompang ini ialah:-
  • menyertai pertandingan Pertandingan Puisi dan Lagu Peringkat Daerah
  • persembahan kompang untuk acara penutup Sukan Akuatik MSSS bulan Mac 2010
  • sambutan mengiringi VVIP untuk acara-acara yang dijalankan di peringkat sekolah seperti Menyuarat Agung PIBG, Hari Anugerah Kecemerlangan Akademik, Hari Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum, dan Hari Karnival Keluarga Sekolah.
 Sambutan VVIP acara peringkat sekolah


Sekali lagi, Kelab Kesenian dan Kebudayaan merakamkan ucapan terima kasih kepada kumpulan kompang yang terlibat. Semoga kalian akan terus berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi!






Aktiviti Kelab Kesenian dan Kebudayaan 2011

Mesyuarat Agung Tahunan, Kelab Kesenian dan Kebudayaan, SMK Seafield pada tahun ini telah diadakan pada hari Rabu 12 Januari 2011.

Berikut adalah aktiviti-aktiviti Kelab Kesenian dan Kebudayaan yang dirancangkan untuk tahun 2011 :
  • latihan tarian tradisional
  • latihan kompang
  • latihan teater
  • persembahan tarian
  • puisi dan lagu
  • nyanyian lagu tradisional
  • tontonan pementasan teater di Istana Budaya
  • lawatan ke tempat-tempat kesenian dan kebudayaan
Semoga perancangan aktiviti-aktiviti pada tahun ini dapat dijalankan dengan jayanya. Tahniah kepada semua ahli lama dan ahli baru yang telah memilih Kelab Kesenian dan Kebudayaan sebagai pilihan kelab untuk aktiviti kokurikulum sekolah tahun 2011.